Saturday 7 July 2018

PANDUAN MEMILIH MINYAK PELINCIR

  Assalamualaikum pembaca sekalian...sedikit coretan buat panduan pengguna kereta mahu pun kenderaan lain. Semua sedia maklum bahawa sesebuah enjin beroperasi dengan bantuan pelincir yang memastikan pergerakkan bahagian dalaman enjin lebih lancar. Tanpa pelincir, mustahil bagi sesebuah enjin untuk beroperasi dengan baik dan bertahan lama.


 Bercakap mengenai pemilihan pelincir yang terbaik untuk enjin, ianya terlalu umum. Ini kerana, di dalam pasaran, pengeluar miyak pelincir berlumba-lumba menyatakan produk keluaran merekalah yang terbaik dengan pelbagai uji kaji dilakukan. Tidak terlepas juga yang mana dalam pasaran sekarang terdapat lambakan minyak pelincir tiruan/kitar semula. Ini sudah tentu mengelirukan pengguna dalam memilih pelincir untuk kenderaan mereka. Kerana produk asli dan tiruan tidak dapat dibezakan dengan mata kasar, hanya dengan beberapa ujian makmal baru lah boleh diketahui samada asli atau tiruan.

  Jadi pengguna haruslah bijak dalam membuat pembelian. Namun kadangkala dalam berhati-hati, kita masih tertipu dengan produk tiruan yang tidak terkawal dipasaran. Ada beberapa tip bagi mengelak terbeli produk tiruan antaranya :

  • Harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran
  • Bungkusan yang meragukan/berbanding produk asli
  • Beli daripada pembekal/pengedar yang sah contohnya daripada stesen minyak shell, petronas dan sebagainya.

bukan promate yer.. :-p


  Selebihnya agak sukar untuk mengenalpasti yang mana satu asli yang mana satu tiruan/kitar semula.

  Berlainan pula bagi memilih berdasarkan grade minyak pelincir itu sendiri untuk kegunaan kenderaan. Di pasaran terdapat pelbagai pilihan grade minyak pelincir yang dijual, jadi pemilihan yang sesuai adalah penting bagi kelancaran enjin kenderaan anda untuk bekerja. Terdapat beberapa grade seperti :

  • 0W-20
  • 5W-20
  • 10W-30
  • 15W-40
  • 10W-40
  • 20W-50
  • 5W-40
  • 5W-30
  Berikut sedikit panduan pemilihan grade minyak pelincir :

  Jadi untuk panduan lebih tepat boleh rujuk kepada yang lebih pakar, bukan tokey kedai sparepart ya!..mereka cuma ingin menjual barangan mereka. Sekian dulu untuk kali ini..sebarang pertanyaan dan soalan boleh ditinggalkan dibahagian komen, saya cuba jawab secepat mungkin.

Assalamualaikum!






























Friday 6 July 2018

Engine Overheat

Assalamualaikum...salam syawal.

  Bertemu untuk entri berikutnya yang akan berkisar mengenai sistem penyejukkan enjin atau juga dikenali sebagai ' engine cooling system'. Ianya sudah tentu penting dalam operasi sesebuah enjin yang mana bagi mengelakkan berlakunya 'overheating' yang mana semua maklum bahawa suhu amat tinggi ketika sesebuah enjin sedang beroperasi.

  Bagi sesebuah enjin, ia memerlukan suhu bekerja yang sesuai iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ramai yang silap faham mengenai isu ini, yang mana mereka berfikir suhu yang sejuk bagi operasi enjin adalah bagus. Sebaliknya, enjin sebenarnya memerlukan suhu tertentu untuk bekerja.

  Entri kali ini saya akan menyentuh mengenai penjagaan 'cooling sytem' bagi sesebuah kenderaan yang mana kita kerap mendengar pelbagai produk dihasilkan dipasaran bagi menjaga 'cooling system' enjin kenderaan kita. Penggunaan water coolant contohnya, ramai yang mempunyai salah faham tentang fungsi water coolant itu sendiri. Ia dicipta lebih kepada menstabilkan suhu air supaya tidak mencapai tahap didih serta melindungi permukaan bahagian dalaman enjin daripada sebarang karat yang boleh mnyebabkan saluran air dibahagian blok enjin tersumbat.




  Tetapi tidak dinafikan, coolant juga mempunyai sedikit sifat menghakis yang mungkin tidak terlalu ketara. 'Engine overheat' boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah :


  • 'Waterpump' gagal berfungsi/'blade' haus/bocor/'blade' tertanggal
  • Kebocoran hos air samada 'radiator' hos ataupun hos-hos kecil yang lain
  • 'Radiator' tersumbat/bocor
  • 'Thermostat' jem/gagal berfungsi
  • Kipas enjin gagal berfungsi dengan baik/motor rosak/'blade cair/patah
  • 'Radiator cap' rosak


'Engine overheat' berlaku bila mana terdapat kegagalan pada sistem penyejukkan enjin dan enjin terpaksa bekerja dalam suhu yang tinggi yang boleh menyebabkan silinder 'head' meleding/bengkok. Terdapat situasi yang mana bila berlakunya 'overheating' enjin terus mati dan tidak dapat dihidupkan kembali kerana 'compression' enjin telah 'loose' disebabkan oleh silinder 'head' yang meleding/bengkok tadi. Ada juga yang enjin masih hidup dan beroperasi seperti biasa, tetapi air dri sistem penyejukkan telah masuk ke ruang minyak enjin dan berlaku pencampuran antara air dan minyak enjin.



  Jika dibuka penutup minyak enjin dibahagian enjin dan terdapat warna minyak seperti gambar diatas, sah yang enjin anda telah 'overheating'. 'Top overhaul' perlu dilakukan dan mengenalpasti punca berlakunya 'overheating' samada berpunca dari kebocoran hos, kipas enjin atau sebagainya. Kosnya sudah tentu tinggi mengikut jenis kenderaan yang digunakan.

  Jadi bagi mengelakan benda sebegini berlaku, sentiasalah memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalan tidak kira kemana sahaja. Namun dengan teknologi terkini, kebanyakan kereta sudah dilengkapi dengan 'sensor' pengesan suhu yang bertindak mematikan operasi enjin sekiranya mencapai suhu tertentu yang boleh menyebabkan berlakunya 'overheating'. Antara kereta yang saya sendiri pernah alami iaitu Hyundai Matrix, dimana enjin mati secara tiba-tiba dan jika dibiarkan enjin sejuk, ia boleh dihidupkan semula,dan setelah enjin panas dan melebihi suhu yang sepatutnya secara automatiknya enjin akan mati secara tiba-tiba. Itu antara langkah-langkah keselamatan yang direka oleh sesetengah pengeluar kenderaan.

  Jadi setakat itu dulu perkongsian kali ini, seperti biasa jika terdapat sebarang pertanyaan atau soalan bolehlah ditinggalkan dibahagian komen dan saya akan membalas secepat yang mungkin. Dan terakhir kata sudilah 'like' page facebook saya Https://www.facebook.com/P10AUTOWORKS/




Terima kasih..!