Saturday 7 July 2018

PANDUAN MEMILIH MINYAK PELINCIR

  Assalamualaikum pembaca sekalian...sedikit coretan buat panduan pengguna kereta mahu pun kenderaan lain. Semua sedia maklum bahawa sesebuah enjin beroperasi dengan bantuan pelincir yang memastikan pergerakkan bahagian dalaman enjin lebih lancar. Tanpa pelincir, mustahil bagi sesebuah enjin untuk beroperasi dengan baik dan bertahan lama.


 Bercakap mengenai pemilihan pelincir yang terbaik untuk enjin, ianya terlalu umum. Ini kerana, di dalam pasaran, pengeluar miyak pelincir berlumba-lumba menyatakan produk keluaran merekalah yang terbaik dengan pelbagai uji kaji dilakukan. Tidak terlepas juga yang mana dalam pasaran sekarang terdapat lambakan minyak pelincir tiruan/kitar semula. Ini sudah tentu mengelirukan pengguna dalam memilih pelincir untuk kenderaan mereka. Kerana produk asli dan tiruan tidak dapat dibezakan dengan mata kasar, hanya dengan beberapa ujian makmal baru lah boleh diketahui samada asli atau tiruan.

  Jadi pengguna haruslah bijak dalam membuat pembelian. Namun kadangkala dalam berhati-hati, kita masih tertipu dengan produk tiruan yang tidak terkawal dipasaran. Ada beberapa tip bagi mengelak terbeli produk tiruan antaranya :

  • Harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran
  • Bungkusan yang meragukan/berbanding produk asli
  • Beli daripada pembekal/pengedar yang sah contohnya daripada stesen minyak shell, petronas dan sebagainya.

bukan promate yer.. :-p


  Selebihnya agak sukar untuk mengenalpasti yang mana satu asli yang mana satu tiruan/kitar semula.

  Berlainan pula bagi memilih berdasarkan grade minyak pelincir itu sendiri untuk kegunaan kenderaan. Di pasaran terdapat pelbagai pilihan grade minyak pelincir yang dijual, jadi pemilihan yang sesuai adalah penting bagi kelancaran enjin kenderaan anda untuk bekerja. Terdapat beberapa grade seperti :

  • 0W-20
  • 5W-20
  • 10W-30
  • 15W-40
  • 10W-40
  • 20W-50
  • 5W-40
  • 5W-30
  Berikut sedikit panduan pemilihan grade minyak pelincir :

  Jadi untuk panduan lebih tepat boleh rujuk kepada yang lebih pakar, bukan tokey kedai sparepart ya!..mereka cuma ingin menjual barangan mereka. Sekian dulu untuk kali ini..sebarang pertanyaan dan soalan boleh ditinggalkan dibahagian komen, saya cuba jawab secepat mungkin.

Assalamualaikum!






























Friday 6 July 2018

Engine Overheat

Assalamualaikum...salam syawal.

  Bertemu untuk entri berikutnya yang akan berkisar mengenai sistem penyejukkan enjin atau juga dikenali sebagai ' engine cooling system'. Ianya sudah tentu penting dalam operasi sesebuah enjin yang mana bagi mengelakkan berlakunya 'overheating' yang mana semua maklum bahawa suhu amat tinggi ketika sesebuah enjin sedang beroperasi.

  Bagi sesebuah enjin, ia memerlukan suhu bekerja yang sesuai iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ramai yang silap faham mengenai isu ini, yang mana mereka berfikir suhu yang sejuk bagi operasi enjin adalah bagus. Sebaliknya, enjin sebenarnya memerlukan suhu tertentu untuk bekerja.

  Entri kali ini saya akan menyentuh mengenai penjagaan 'cooling sytem' bagi sesebuah kenderaan yang mana kita kerap mendengar pelbagai produk dihasilkan dipasaran bagi menjaga 'cooling system' enjin kenderaan kita. Penggunaan water coolant contohnya, ramai yang mempunyai salah faham tentang fungsi water coolant itu sendiri. Ia dicipta lebih kepada menstabilkan suhu air supaya tidak mencapai tahap didih serta melindungi permukaan bahagian dalaman enjin daripada sebarang karat yang boleh mnyebabkan saluran air dibahagian blok enjin tersumbat.




  Tetapi tidak dinafikan, coolant juga mempunyai sedikit sifat menghakis yang mungkin tidak terlalu ketara. 'Engine overheat' boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah :


  • 'Waterpump' gagal berfungsi/'blade' haus/bocor/'blade' tertanggal
  • Kebocoran hos air samada 'radiator' hos ataupun hos-hos kecil yang lain
  • 'Radiator' tersumbat/bocor
  • 'Thermostat' jem/gagal berfungsi
  • Kipas enjin gagal berfungsi dengan baik/motor rosak/'blade cair/patah
  • 'Radiator cap' rosak


'Engine overheat' berlaku bila mana terdapat kegagalan pada sistem penyejukkan enjin dan enjin terpaksa bekerja dalam suhu yang tinggi yang boleh menyebabkan silinder 'head' meleding/bengkok. Terdapat situasi yang mana bila berlakunya 'overheating' enjin terus mati dan tidak dapat dihidupkan kembali kerana 'compression' enjin telah 'loose' disebabkan oleh silinder 'head' yang meleding/bengkok tadi. Ada juga yang enjin masih hidup dan beroperasi seperti biasa, tetapi air dri sistem penyejukkan telah masuk ke ruang minyak enjin dan berlaku pencampuran antara air dan minyak enjin.



  Jika dibuka penutup minyak enjin dibahagian enjin dan terdapat warna minyak seperti gambar diatas, sah yang enjin anda telah 'overheating'. 'Top overhaul' perlu dilakukan dan mengenalpasti punca berlakunya 'overheating' samada berpunca dari kebocoran hos, kipas enjin atau sebagainya. Kosnya sudah tentu tinggi mengikut jenis kenderaan yang digunakan.

  Jadi bagi mengelakan benda sebegini berlaku, sentiasalah memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalan tidak kira kemana sahaja. Namun dengan teknologi terkini, kebanyakan kereta sudah dilengkapi dengan 'sensor' pengesan suhu yang bertindak mematikan operasi enjin sekiranya mencapai suhu tertentu yang boleh menyebabkan berlakunya 'overheating'. Antara kereta yang saya sendiri pernah alami iaitu Hyundai Matrix, dimana enjin mati secara tiba-tiba dan jika dibiarkan enjin sejuk, ia boleh dihidupkan semula,dan setelah enjin panas dan melebihi suhu yang sepatutnya secara automatiknya enjin akan mati secara tiba-tiba. Itu antara langkah-langkah keselamatan yang direka oleh sesetengah pengeluar kenderaan.

  Jadi setakat itu dulu perkongsian kali ini, seperti biasa jika terdapat sebarang pertanyaan atau soalan bolehlah ditinggalkan dibahagian komen dan saya akan membalas secepat yang mungkin. Dan terakhir kata sudilah 'like' page facebook saya Https://www.facebook.com/P10AUTOWORKS/




Terima kasih..!

















































Saturday 2 June 2018

DIY : Buang Speedcut Daihatsu L200/L200s



Assalamualaikum!

Selamat berpuasa buat semua pengunjung blog...hihi

  Topik untuk kali ini berkaitan dengan DIY untuk buang speedcut bagi pengguna kancil yang telah menukar enjin karburator asal kepada kepada enjin daripada jepun iaitu Daihatsu Mira L200/L200s. Topik kali ini agak ringkas dan padat. 



  Inilah diantara enjin Daihatsu yang gah di highway yang kadangkala kata orang "wira tebo pon dia tapau". Itu lah antara ungkapan yang sering didengari, memang terbukti ketahanan serta kuasa yang dikeluarkan oleh enjin Daihatsu Mira L2 ini. Tetapi, jika ianya standart dan belum diubahsuai kemungkinan kuasa yang dihasilkan agak terbatas seperti tajuk untuk topik kali ini iaitu speedcut!

  Membuang speedcut tidaklah rumit seperti yang kita semua pikirkan. Ia hanya seurat wayar pada ECU yang perlu dibuang/dipotong,. Tetapi ianya boleh dipelbagaikan seperti membuat satu suis yang membolehkan kita mengaktifkan dan menyahaktifkan fungsi speedcut tersebut.




  Terlebih dahulu, tanggalkan drawer/laci disebelah penumpang dan kenalpasti kedudukan ECU bagi memudahkan lagi kerja.



  Setelah dinalpasti kedudukan ECU, anda perlu tanggalkan skru yang mengikat ECU supaya ia dapat dikeluarkan untuk proses mengenalpasti wayar speedcut.



  Selepas semua skru ditanggalkan, keluarkan ECU dan tanggalkan dua soket utama yang disambungkan ke ECU. Akan kelihatan dua soket utama itu yang mana soket yang lebih besar mempunyai 26 pin dan soket yang lebih kecil mempunyai 16 pin.

  Lihat pada soket 16 Pin iaitu pin yang ke 27, terdapat wayar yang berwarna hijau cair(light green). Itu adalah wayar speed/speedcut yang mana ECU mengenalpasti kelajuan yang dihasilkan oleh speed sensor yang dihantar terus ke ECU.



  Wayar yang berwarna hijau cair tersebut perlu dipotong sahaja bagi membuang speedcut. Namun CEL akan menyala jika ia dipotong dan dibiarkan sahaja. Jadi alternatif untuk itu, suis ON/OFF boleh dipasang. Jika ingin menggunakan kereta untuk santai2, suis tersebut boleh dibiarkan didalam keadaan ON. Manakala tiba masa untuk test speed dijalan yang lurus, anda hanya perlu OFF kan suis tersebut.

  Tempatkan suis dimana2 bahagian dashboard yang sesuai, dan sebaiknya dilabelkan bagi mengelakkan kekeliruan. Dan seterusnya anda boleh mencuba perbezaan apabila suis di ON dan di OFF kan..pastikan ada perbezaan.

Sekian dulu untuk posting kali ini, sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan diruang komen.

Assalamualaikum!!



















Kredit : ben9166.com

Thursday 1 February 2018

Daihatsu L5 Auto Flip Side Mirror Wiring/Installation

Assalamualaikum!

  Bertemu lagi utk entri kali ini, utk berkongsi sedikit sebanyak ilmu utk pembaca semua. Entri kali berkisar tentang pemasangan cermin sisi bg perodua kancil. Daripada cermin sisi biasa/manual, kepada cermin sisi bermotor atau lebih dikenali sebagai 'autoflip side mirror. Cermin sisi yang dipasang ini datang daripada model daihatsu L5 yang mana memerlukan sedikit modifikasi utk dipasangkan di pintu perodua kancil. Teruskan membaca, saya akan kongsikan bagaimana cara utk memodifikasi dan bahagian mana yang perlu diubah utk membolehkan side mirror autoflip ini dapat dipasang/disesuaikan pada pintu perodua kancil.




  Sidemirror yang akan dipasang ini datang asal dengan berwarna chrome dan harga pasaran sekitar RM350 - 450 bg sepasang sidemirror seperti diatas mengikut kondisi. Kebiasaannya ia didatangkan besertakan suisnya sekali. Selain kelebihan ia dgn kemasan chrome, ia juga mempunyai dua kelebihan fungsi berbanding cermin sisi biasa yang tidak menggunakan motor/manual. Jika dilihat pada kedudukan tapak skru, skru yg dibahagian atas agak berlainan dengan cermin sisi perodua kancil. Jadi sedikit modifikasi perlu dilakukan dengan menebuk lubang skru baru bg membolehkan ia dipasang dengan sempurna. rujuk gambar dibawah :




  Merujuk kepada gambar di atas, anak panah merah menunjukkan lubang asal kedudukan skru bahagian atas pada cermin sisi. Jadi bagi membolehkan cermin sisi baru dipasang, lubang perlu ditebuk 1 inci diatas kedudukan lubang asal seperti tanda kuning pada gambar. dan jika pintu dipasang dengan door visor, hujung door visor juga perlu dipotong sedikit bagi memuatkan cermin sisi autoflip kerana tapaknya yang sedikit tinggi keatas.



  Setelah siap dipasang pada pintu, langkah seterusnya ialah anda perlu membuat sedikit penyambungan wiring bagi membolehkan ia berfungsi melaluikan suiz yang dipasang. Suis boleh dipasang dimana-mana bahagian 'dashboard' dengan sedikit modifikasi.



  Gambar diatas ialah gambar 'dashboard' L5 dengan kemasan panel walnut yang dipasang/dimuatkan pada perodua kancil. Disisi kanan pemandu kelihatan suis autoflip sidemirror dimuatkan dan ia kelihatan kemas disitu. Tapi ia perlu berfungsi dgn baik utk melaraskan, menutup serta membuka sidemirror dan ini memberikan lagi nilai tambah bagi sesebuah kereta.


Rajah 'wiring autoflip sidemirror' dan cara penyambungan suis ke 'sidemirror' serta penyambungan 'grounding' dan 12V (+) 



  Berpandukan gambar diatas, sy pasti kerja2 'wiring autoflip sidemirror' akan menjadi lebih mudah. Dan jika ia dilakukan sendiri secara DIY, sudah pasti lebih menjimatkan yg mana kos utk pemasangan, modifikasi serta pendawaian boleh mencecah RM80 - 100. Jadi sekadar itu dahulu, sebarang persoalan boleh tinggalkan di komen dibawah, sy cuba bantu dan respon secepat mungkin. Terima kasih....sampai jumpa next entri!!!

Monday 20 November 2017

OCH @ Oil Cooler Hose

Assalamualaikum!

Bersua lagi setelah sekian lama xupdate..hihi..


  Baik untuk entry kali ini saya ingin kongsi serba sedikit mengenai Oil Cooler Hose atau nama glamournya OCH terutamanya bg pengguna enjin Campro CFE(turbo CVT). Sebut saja OCH, ianya tidak asing lagi bg pengguna Exora Bold/Preve/Suprima S yang mana seringkali menjadi mimpi ngeri bt mereka. Kenapa??Haaaa..buruk padahnya jika Oil Cooler Hose atau lebih dikenali sebagai OCH ini bocor/pecah ketikea top speed. Jika pengguna yg tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai kereta, mereka mungkin tidak sedar sewaktu mana OCH pecah, tahu2 saja enjin kereta dah mati(siaplah poket..hihi).

  


  Gambar diatas ialah sepasang OCH yg baru, yang akan sy pasang pada sebuah proton exora bold. OCH lamanya telah bocor ketika memandu dan owner perasan lampu oil check(org panggil lampu teko) telah menyala dan dia terus memberhentikan kereta dan mematikan enjin. dan nasibnya baik, enjinnya masih boleh diselamatkan. Hanya perlu menggantikan OCH yang telah bocor.

  

OCH + OIL COOLER

Dua hos yg atas itu adalah OCH lama yang akan digantikan. Didapati hos oil feed yang mengalami kebocoran, kemungkinan besar disebabkan tekanan minyak yg kuat dan tidak dapat ditampung oleh hos yg telah lama serta keras. Dan dalam kebanyakkan kes OCH bocor ini, boleh dikatakan hos oil feed yg akan bocor. Kenapa??Sebabnya hos oil feed menerima tekanan yg kuat daripada oil pump dan utk minyak melalui cooler yg 'tak seberapa' itu, jadi terjadinya tekanan pada hos oil feed itu sendiri. Masalah bukan datang daripada masalah clamp yg tidak ketat/kuat atau sebagainya, tetapi pada hos itu sendiri.

  Hos baru yg akan digantikan akan datang sepasang iaitu hos oil feed & hos oil return(mmg dijual sepasang ya). Hos yg dibahagian bawah pd gambar diatas adalah hos air yg keluar dari oil cooler dan terdapat lagi 1 hos yg tak kelihatan di gambar iaitu hos air masuk ke oil cooler.


HOSE OIL FEED


HOSE OIL RETURN

 Pendapat saya, hos pada kereta exora ini masih hos asal dan belum pernah diganti berdasarkan marking yg dibuat. Mileage bagi exora ini 65k, kemungkinan berusia 6 - 7 tahun(anggaran). Bercakap mengenai kadar upah bagi menggantikan OCH ini, jangan terkejut jika kosnya masih sekitar RM60-RM100. Ini kerana kerja menggantikan OCH ini agak rumit dan penyediaan alatan yg mencukupi.


  Gambar diatas saya tunjukkan hos oil feed yg bocor, dimana ditengah2 terdapat kesan koyak. Walaupun nampak kesan bocornya agak kecil pada hos tersebut, namun ia mampu menghambur minyak enjin yg banyak pada masa yg cepat. Ini kerana tekanan yang kuat membuatkan hampir 90% minyak enjin yg melaluinya keluar dan mampu mengeringkan minyak enjin kereta anda sekitar 30-60 saat sahaja!

  Jadi peringatan bagi pengguna jentera CFE(Exora Bold/Preve/Suprima S) sentiasalah memeriksa OCH anda. Ini kerana tiada sebarang tanda besar yg boleh dilihat sebelum OCH bocor, ianya ibarat 'bom jangka; yg menunggu masa utk meletup! Jika pemeriksaan berkala dilakukan mungkin tanda awal itu dapat dikesan dan selalunya tanda awal anda perlu menggantikan OCH kereta anda adalah seperti terdapat lelehan minyak enjin pada oil sump ataupun permukaan OCH retak.


OCH baru yang mana materialnya lebih baik dan tahan

Baik untuk itu sahaja entry pada kali ini, harap memberi sedikit manfaat pada pengguna diluar sana. Beringat sebelum kena, jika terkena buruk padahnya. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah, sy cuba respon secepat mungkin.

Assalamualaikum!

Sunday 26 March 2017

Bateri

Assalamualaikum!

  Salam Motorsport buat semua terutama pembaca setia blog ni....hihihi..nak bg ilmu free kan..baca saja laaah..hihi

  Baik! untuk tajuk kali ini saya akan kongsikan perihal bateri yang mana kita semua tahu bateri adalah penggerak utama sesebuah kenderaan. lebih2 lagi kenderaan moden zaman sekarang yang sepenuhnya menggunakan sistem elektronik. Berbeza dengan kenderaan keluaran yg terdahulu yang mana sistem elektronik tidak banyak digunakan dan lebih byk menggunakan sistem mekanikal.

  Kenderaan keluaran terkini yang bernadikan enjin suntikan bahanapi elektronik sudah tentu memerlukan kuasa bateri atau dalam kata lain memerlukan voltage yg cukup utk bekerja. Tanpa bekalan kuasa yang cukup daripada bateri sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah kepada kenderaan dan akan mendatangkan masalah kepada pemiliknya.

  Seperti yang kita semua tahu,setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayat yg tertentu dan ia juga bergantung kepada kualiti serta cara pengendalian. Tidak terlepas juga bateri yg mana ia juga mempunyai jangkahayat tertentu mengikut jenis,grade, jenama, cara pengendalian dan faktor sekeliling. Terdapat 3 jenis bateri yg dijual dipasaran iaitu jenis bateri basah/air, bateri MF/Maintenance Free dan bateri kering. Terdapat perbezaan fizikal antara ketiga2 jenis bateri ini yg mana boleh dilihat bateri basah atau bateri air terdapat penutup yg boleh dibuka utk diisi air bateri dan di bahagian tepinya pula ada ditunjukkan level air bateri yg terdapat didalam bateri. Manakala bateri jenis MF pula keadaan fizikalnya seakan bateri kering tetapi terdapat air didalamnya dan bila digoncang sedikit pon kita sudah dapat mengenalpasti itu adalah bateri dari jenis MF. Penutup dibahagian atas bateri MF selalunya akan di'seal' dengan stiker jenama bateri ataupun penutup plastik. Utk bateri kering pula, ia jenis sel kering dan tidak terdapat air didalamnya dan sudah tentu penjagaannya lebih mudah.



  Bagi ketiga2 jenis bateri tersebut, faktor penjagaan serta harganya sudah tentu berbeza dan mempunyai kelebihan masing2. Selalunya bagi yg menggunakan bateri jenis kering, kadar air dalam bateri sudah tidak perlu dirisaukan lagi. Ini kerana ia bersifat kering dan sudah tentu penjagaannya lebih mudah. berbanding bateri jeis basah/air, keadaan air didalam bateri harus dipantau serta diperiksa sekali sekala dan jgn sampai terlalu kurang kerana ia akan memendekkan jangka hayat sesebuah bateri itu sendiri. Tetapi, jika penjagaannya bik dan air sentiasa diperiksa dgn cukup, jangkahayatnya boleh melebihi bateri2 lain dan menjimatkan. Sama seperti bateri kering, bateri jenis MF juga tidak memerlukan penjagaan air.



Namun, lambakkan bateri yg berkualiti rendah dipasaran sekarang amat membimbangkan. Ini kerana, kualiti yg kurang memuaskan yg sudah tentu mendatangkan masalah kepada pengguna. Walaupun harganya jauh lebih murah daripada yg lebih berjenama, namun kualitinya yg kita bimbangkan, Malah lebih membimbangkan, terdapat bateri2 tiruan yg menggunakan jenama terkenal dan dijual dgn harga murah yg sudah tentu mengelirukan pengguna.



  Pesanan saya, berwaspadalah dan jadilah pengguna bijak ketika membuat pembelian, kerana ia mungkin akan menyusahkan anda jika barang yg berkualiti rendah ini rosak ketika anda dalam perjalanan bersama ahli keluar dan lebih malang lagi anda terpaksa mengeluarkan belanja yg lebih lagi jika ianya berlaku diluar kawasan seperti dlm perjalanan pulang kekampung dan sebagainya.


Dan akhir kata utk entri kali ini, jadilah pengguna bijak jangan sampai dipijak..hihihi

Sekian dulu sampai jumpa lagii..assalamualaikum!!zassssss!

Friday 24 March 2017

Wheel Bearing(Bearing tayar)




Assalamualaikum!

Tora datang lagiii..hihi
Maaf lama x update blog bukan tak ada sumber tapi tak berkesempatan. Baik kali ni nak kongsi tentang masalah yang kerap kali kita alami bila usia kenderaan semakin meningkat. Masalah ini mungkin tak dialami oleh pemilik kenderaan yg mana usia kenderaan kurang daripada 5 tahun. Maklum la masih bau kedai orang cakap...hihihi.

  Masalah yang saya maksudkan adalah kerosakan pada komponen tayar iaitu bearing tayar atau pomen kampung macam saya sebut 'wheel bearing' hihihi. Macam mana nak pastikan ianya dh rosak?
Haaaa ini la soalan yg selalu ditanya. Perasan atau tidak bila kita memandu suasana di dalam cabin sudah pasti kedap bunyi dan tiada gangguan bunyi dari luar. Namun apabila wheel bearing mengalami kerosakan,.bunyi yang agak asing pasti akan kedengaran apabila memandu pada kelajuan tertentu. Kebiasannya akan ada bunyi berdengung jika wheel bearing telah rosak samada wheel bearing pada tayar hadapan atau pun tayar belakang. Untuk memastikan dengan lebih tepat, kereta perlu di ' jack' dan pastikan tayar terangkat dari permukaan lantai. Dengan mnggunakan kuasa tangan halilintar pusing selaju mungkin dan jika bearing pada tayar tersebut telah rosak pasti akan kedengaran bunyi besi bergesel yg kuat.



Gambar diatas adalah wheel bearing tayar belakang peeodua myvi 1.3

Contoh yang sy bawakan pada kali ini adalah penukaran wheel bearing belakang kanan sebuah perodua myvi. Lebih mudah ditanggalkan berbanding pada bahagian hadapan. Tetapi harga wheel bearing nya lebih mahal berbanding wheel bearing bahagian hadapan iaitu lebih satu kali ganda..hmmm apa boleh buat..GST lagi pikir²kan lah😄.




Tapi bagi memudahkan lagi proses penukaran wheel bearing ini, special tool box diperlukan disebabkan oleh bolt yg mengikat wheel bearing ini adalah special. Jadi bukan sembarangan tool boleh digunakan. Oleh itu bagi yg ingin melakukan diy menukar sendiei bearing sebegine anda perlu ada kelengkapan yang cukup. Pemasangannya agak mudah cuma memerlukan tool yg betul. Sekian entri yg pendek utk kali ini, semoga berjumpa lagi utk entri seterusnya. Assalamualaikum