Monday 20 November 2017

OCH @ Oil Cooler Hose

Assalamualaikum!

Bersua lagi setelah sekian lama xupdate..hihi..


  Baik untuk entry kali ini saya ingin kongsi serba sedikit mengenai Oil Cooler Hose atau nama glamournya OCH terutamanya bg pengguna enjin Campro CFE(turbo CVT). Sebut saja OCH, ianya tidak asing lagi bg pengguna Exora Bold/Preve/Suprima S yang mana seringkali menjadi mimpi ngeri bt mereka. Kenapa??Haaaa..buruk padahnya jika Oil Cooler Hose atau lebih dikenali sebagai OCH ini bocor/pecah ketikea top speed. Jika pengguna yg tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai kereta, mereka mungkin tidak sedar sewaktu mana OCH pecah, tahu2 saja enjin kereta dah mati(siaplah poket..hihi).

  


  Gambar diatas ialah sepasang OCH yg baru, yang akan sy pasang pada sebuah proton exora bold. OCH lamanya telah bocor ketika memandu dan owner perasan lampu oil check(org panggil lampu teko) telah menyala dan dia terus memberhentikan kereta dan mematikan enjin. dan nasibnya baik, enjinnya masih boleh diselamatkan. Hanya perlu menggantikan OCH yang telah bocor.

  

OCH + OIL COOLER

Dua hos yg atas itu adalah OCH lama yang akan digantikan. Didapati hos oil feed yang mengalami kebocoran, kemungkinan besar disebabkan tekanan minyak yg kuat dan tidak dapat ditampung oleh hos yg telah lama serta keras. Dan dalam kebanyakkan kes OCH bocor ini, boleh dikatakan hos oil feed yg akan bocor. Kenapa??Sebabnya hos oil feed menerima tekanan yg kuat daripada oil pump dan utk minyak melalui cooler yg 'tak seberapa' itu, jadi terjadinya tekanan pada hos oil feed itu sendiri. Masalah bukan datang daripada masalah clamp yg tidak ketat/kuat atau sebagainya, tetapi pada hos itu sendiri.

  Hos baru yg akan digantikan akan datang sepasang iaitu hos oil feed & hos oil return(mmg dijual sepasang ya). Hos yg dibahagian bawah pd gambar diatas adalah hos air yg keluar dari oil cooler dan terdapat lagi 1 hos yg tak kelihatan di gambar iaitu hos air masuk ke oil cooler.


HOSE OIL FEED


HOSE OIL RETURN

 Pendapat saya, hos pada kereta exora ini masih hos asal dan belum pernah diganti berdasarkan marking yg dibuat. Mileage bagi exora ini 65k, kemungkinan berusia 6 - 7 tahun(anggaran). Bercakap mengenai kadar upah bagi menggantikan OCH ini, jangan terkejut jika kosnya masih sekitar RM60-RM100. Ini kerana kerja menggantikan OCH ini agak rumit dan penyediaan alatan yg mencukupi.


  Gambar diatas saya tunjukkan hos oil feed yg bocor, dimana ditengah2 terdapat kesan koyak. Walaupun nampak kesan bocornya agak kecil pada hos tersebut, namun ia mampu menghambur minyak enjin yg banyak pada masa yg cepat. Ini kerana tekanan yang kuat membuatkan hampir 90% minyak enjin yg melaluinya keluar dan mampu mengeringkan minyak enjin kereta anda sekitar 30-60 saat sahaja!

  Jadi peringatan bagi pengguna jentera CFE(Exora Bold/Preve/Suprima S) sentiasalah memeriksa OCH anda. Ini kerana tiada sebarang tanda besar yg boleh dilihat sebelum OCH bocor, ianya ibarat 'bom jangka; yg menunggu masa utk meletup! Jika pemeriksaan berkala dilakukan mungkin tanda awal itu dapat dikesan dan selalunya tanda awal anda perlu menggantikan OCH kereta anda adalah seperti terdapat lelehan minyak enjin pada oil sump ataupun permukaan OCH retak.


OCH baru yang mana materialnya lebih baik dan tahan

Baik untuk itu sahaja entry pada kali ini, harap memberi sedikit manfaat pada pengguna diluar sana. Beringat sebelum kena, jika terkena buruk padahnya. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah, sy cuba respon secepat mungkin.

Assalamualaikum!

52 comments:

  1. Salam tuan... Mane nk cari hose set tu ye...

    ReplyDelete
  2. Wsalam...kebanyakan sparepart ada mnjual hose set ni tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahu jenis hose dan saiz dia tuan..

      Delete
  3. Pelik kereta proton jer yg ada och untuk enjin turbo lite. Kalau kereta jenama lain takde pulak och pada enjin turbo diorang. Mengada-ngada la proton ni

    ReplyDelete
  4. saya baru terkena problem ni 2 hari lepas...tiba tiba dlm 500m sebelum tiba depan rumah,enjin berbunyi bising dan saya terus berhentikan kereta. minyak enjin kering sepenuhnya, dan kesan percikan minyak enjin merata sekeliling enjin. Mekanik tunjukkan pada saya hose OCH yg pecah. Kata budak yg towing kereta saya ke bengkel, dia dah towing dekat 40 exora turbo dgn masalah yg sama. Nasib baik enjin kereta saya masih dpt diselamatkan. Hanya perlu tukar 2 hose tu dan minyak pelincir semi syn. rm350 keseluruhan. milage saya 96xxx, exora 2012. Memang menakutkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pulak jd mangsa och ni pg td..rumit tk nk buka hose ni?

      Delete
    2. Kawan, saya dengar Proton recall tukar hose yg lebih baik. Kenape u bayar? minyak pun sepatutnya tak perlu bayar sebab itu salah proton. Ni proton ke atau protong kepala rakyat malaysia ni.

      Delete
  5. Och pecah milage 68k km. Nasib baik engine x rosak, sempat berenti. Skrg milage 118k km. Alhmdulilah och masih ok. Tapi sc cakap kena ganti setiap 40k km. Soalan och material masih sama ke dgn dulu?

    ReplyDelete
  6. Saya menghadapi masalah yg sama, och pecah walaupun ikut servis berjadual, pomen cakap 50,000 sekali kena tukar, tak sampai 50,000 dah kena tukar, pomen cakap ada model baru och ni pada exora turbo. Nasib baik yg tu saja kena

    ReplyDelete
  7. Salam: hari ini perkara yang sama terjadi. Mohon Proton ambik perhatian untuk upgrade atau imrove.

    ReplyDelete
  8. Bila kita buat service 40k.kena Bayar ke utk OCH ni..? Mohon pencerahan. Newbie.

    ReplyDelete
  9. Salam...sy br kena...untuk kereta preve cfe ,mmg mahal ke harga hose tu ngn upah..sy kena rm280..belum hrga minyak hitam lg

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...sy baru kene mlm sabtu 7/9/19 cfe preve, baru kuar umah tetiba ada bau hangit cam gam terbakar..pastu berhenti traffic light nak jln ada bunyi benda bergesel. Sempat berhenti kete kt tepi n check minyak hitam kering kontang. kete masih kt bengkel lagi..minta jgn la ada yang lain rosak, pomen check enjin leh start lg pas msk minyak hitam

    ReplyDelete
  11. untuk pengetahuan semua, oil cooler hose sangat penting untuk kereta exora, preve & suprima s turbo. bukan oil cooler hose sahaja, malah timing belt, minyak gearbox CVT & minyak hitam perlu jaga mengikut routine service. kepada kereta yang tak pernah tukar och dari first beli, boleh pergi mana mana pusat servis proton untuk pasang. first time pasang tiada pembayaran. second time kena bayar sendiri ya, terima kasih

    ReplyDelete
  12. Baik tukar lah sebelum terkena,sebab itu saya tukar sebelum milage 40k setiap tahun

    ReplyDelete
  13. Assalam boss..nak Tanya exora 1st edition Ada ke och ni...

    ReplyDelete
  14. Salam tuan saya ada masalah dgn och ni.. Apakah masalahnya kerap kali menukar hose ni pecah tak sampai 3 bulan hose dah balik.. Ni kali ketiga tukar och ni.. Adakah cooller tersumbat atau sebaliknya yg ada bermasalah.? Mohon pencerahan tuan.. Material hose pun sama dgn gambar tuan tu.. 😌

    ReplyDelete
  15. Hi tuan. Anda boleh cuma hos OCH dari FX PERFORMANCE. Hos ni guna material Fluorosilicone yg tahan minyak dan panas

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=459692987978821&id=100018143706706

    ReplyDelete
  16. asalmualaikum.. ada alternative lain selesaikan masalah oil coller hose tu x pecah.. sbb ni dh 4 kali pecah..😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brp mileage Kena setiap kali tu... mcm Mimpi ngeri

      Delete
  17. saya exora baru kena jugak pecah habis minyak keluar, nasib baik pully ok tidal lagi mahal harga upah pasang rm310,kena tuakr hose setiap 40km.

    ReplyDelete
  18. Baru kena td.. Nasib baik kereta yg follow blkg hon bagitau.. Katanya nmpk myk tersembur2 dr belakang.. Alhamdulillah x parah smpi ke enjin...

    ReplyDelete
  19. Kereta ayah sy baru je kena tukar hos OCH habis rm1++ tak termasuk minyak hitam sampi bengkel je pomen dh tahu ape sakit dia hahahaha...masalah yg sama terjadi pada pemilik Exzora

    ReplyDelete
  20. Baru kna smlm time PKP ni. 1st dulu tukar sbb ada recall drpd proton. 2nd time jdi time bomb

    ReplyDelete
  21. Br je kena seminggu lepas. xsampai 30k pun lg dh pecah

    ReplyDelete
  22. please tolong saya...baru kena ni....nak cari sparepart kat mana...01111914152

    ReplyDelete
  23. Ape saiz hos och ni ye... Nak cari kat ebay.. luar negara bnyk hos yg brkualiti tinggi.. sbb yg ori proton sy guna 4 hri je dh pecah... Klau ada hos yg ssuai shere lah jg info.. sy dh kne 5 kali dlm masa 2 bln ni..sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari dengan Pak Tam Turbo...rasanya dh release och baru

      Delete
  24. Saya br kena tghari td.. brhenti kat trafic light tiba2 engine mengaum dan bau minyak... brhnti tepi tngok2 minyak dh trbarai dr bawah...yg pelik och br je tukar 1 hari punnkeba jgk... kes sya hose och trpisah dgn besi yg bengkok tu.. xde kualiti hose tu wlupun dipasang dgn mesin... las2 sya pakai yg asal semula.. dlm ms 2 hari 2 kali tukar minyak engin shell fully ultra.. rabak mcm ni RM 262 X 2..

    ReplyDelete
  25. Bt masa skrg tgh serve nak pakai och jenis apa plk... nasib baik towing insuran cover...sape yg ade idea tlg kongsi dgn sya och yg kualiti

    ReplyDelete
  26. Saya baru beli exora turbo pd 12/2020. Adakah och ini telah diupgrade kualitinya oleh pihak proton? Maknanya setiap 40k km kena tukarlah yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah pakai besi kat tengah .. saya kena masa 59k km... so.. kalo dah 40km tu.. suruh pomen cek kot2 dah start nak crack..tukar jer... jgn sayang duit..sbb kita tak tau bila kena..kalo kat rumah ok lagi..kalo kat tgah highway..pishanggg

      Delete
  27. 18dec 2020 tukar och, 3 Hari dh pecah...21 dec tukar semula. Kali nie pecah di highway plus ..towing dr melaka ke puchong. Material och yg baru (besi) xleh pakai. Hose pecah kat clip..

    ReplyDelete
  28. Mana nak cari clip hos OCH ye? Kata pomen pusat servis proton, benda tu payah nak cari sekarang.

    ReplyDelete
  29. As salam, saya baru jer kena ptg tadi..start keta minyak hitam menyembur kluar..bengkel bnyak tutup pulak tu raya cina.

    ReplyDelete
  30. Saya pon sama och pecah time raya Cina, bengkel semua tutup seminggu. Nasib towing available. OCH baru jer tukar baru seminggu sebelum tu masa service. Tup2 kat traffic light enjin berbunyi pelik. Park tepi tgk minyak hitam bersepah merecik dlm tu. Sayang nya minyak hitam baru tu. 😂 😂 😂 Modal lagi la pasni. Aduyai. Skrg ni keta tgh tunggu bengkel bukak. Harap nya enjin tak jem la sbb overheat minyak kering. Mungkin kena turun enjin kalo jem. Possible tak oil pump yg pecah dia jd mcm tu yerp?

    ReplyDelete
  31. Kete sye dh 3 kli kne..pling lme 2 blan..pling cepat satu hri je than..skang ni mody pkai paip 300 psi..msih lg dlm ujian..nk tngok brape lme than

    ReplyDelete
  32. Saya pun dah kena 3x..hose yg sama pecah 2x... clamp tercabut
    Selang 2 minggu.. knp ye...?
    Stress laa nk jln jauh pun takut

    ReplyDelete
  33. Yg kena ni byk pd model exora turbo ke...sy pun cuak jg ni pakai preve cfe

    ReplyDelete
  34. Boleh suggest x kedai yg tahu buat utk och tahan @lebih selamat

    ReplyDelete
  35. Saya pakai och silikon.lebih tahan dari och getah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... Saya pun sama, Pakai och yang silikon

      Delete
  36. Proton lahanat...dh tau masalah kerap bocor tp xde ubahsuai dibuat,pengalaman sy bln april2021 tukar och beli di proton part glenmarie... Bln 1/2022 pecah .jadi apa qualiti yg digunapakai proton tu belum citer pengalaman part lain lg

    ReplyDelete
  37. 2017 kereta kena towing sbb OCH pecah. Minyak enjin kering
    2018 OCH buat hal lagi. Minyak menitik. Perasaan masa keluar parking. Tapi kereta masih boleh jln dan terus ke bengkel utk tukar.
    Mac 2020 OCH leaking lagi. Kali ini dari klip. Tukar lagi
    Jan 2022 OCH lagi. Hahhahhaha. Adoooiiiii

    Jangan sampai aku trade in exora ni 🤣

    ReplyDelete
  38. Salam tuan .. exora turbo saya baru beli nov 2021 .. hari lni 29-3-2022 da mengalami masalah ni... Menyembur minyak dalam bay dan lantai.. mileage baru 12k km je

    ReplyDelete
  39. Selamat pagi semua sya pun mengalami masalah yg sama beli proton exora sep 2020 dan baru 38000km sudah tiga kali oil cooler hose bocor yg pertama dan kedua keboccoran dia kecil saja ada minyak hitam menitis so boleh bawa terus ke bangkel proton tapi yg ketiga Menyembur minyak keluar semasa sedang berjalan kedengaran bunyi engine kuat rupanya minyak dah mau habis sudah keluar nasip baik engine selamat dan mesti ada stock baru dlm kereta dan kena tukar beli engine oil baru

    ReplyDelete
  40. Saya Beli Exora turbo Dec 2021, baru 5km lebih, OCH bocor, Tanya service centre takde stok spare part OCH ni, dia suruhnya kita cari spare kat luar, dia boleh pasangkan, upah RM250 pasang.. OCH spare part RM200/set., Kalau nak tggu stok dari proton sendiri mmg lambat, dahlah kereta ada satu je keperluan kami sekeluarga....

    ReplyDelete