Saturday 7 July 2018

PANDUAN MEMILIH MINYAK PELINCIR

  Assalamualaikum pembaca sekalian...sedikit coretan buat panduan pengguna kereta mahu pun kenderaan lain. Semua sedia maklum bahawa sesebuah enjin beroperasi dengan bantuan pelincir yang memastikan pergerakkan bahagian dalaman enjin lebih lancar. Tanpa pelincir, mustahil bagi sesebuah enjin untuk beroperasi dengan baik dan bertahan lama.


 Bercakap mengenai pemilihan pelincir yang terbaik untuk enjin, ianya terlalu umum. Ini kerana, di dalam pasaran, pengeluar miyak pelincir berlumba-lumba menyatakan produk keluaran merekalah yang terbaik dengan pelbagai uji kaji dilakukan. Tidak terlepas juga yang mana dalam pasaran sekarang terdapat lambakan minyak pelincir tiruan/kitar semula. Ini sudah tentu mengelirukan pengguna dalam memilih pelincir untuk kenderaan mereka. Kerana produk asli dan tiruan tidak dapat dibezakan dengan mata kasar, hanya dengan beberapa ujian makmal baru lah boleh diketahui samada asli atau tiruan.

  Jadi pengguna haruslah bijak dalam membuat pembelian. Namun kadangkala dalam berhati-hati, kita masih tertipu dengan produk tiruan yang tidak terkawal dipasaran. Ada beberapa tip bagi mengelak terbeli produk tiruan antaranya :

  • Harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran
  • Bungkusan yang meragukan/berbanding produk asli
  • Beli daripada pembekal/pengedar yang sah contohnya daripada stesen minyak shell, petronas dan sebagainya.

bukan promate yer.. :-p


  Selebihnya agak sukar untuk mengenalpasti yang mana satu asli yang mana satu tiruan/kitar semula.

  Berlainan pula bagi memilih berdasarkan grade minyak pelincir itu sendiri untuk kegunaan kenderaan. Di pasaran terdapat pelbagai pilihan grade minyak pelincir yang dijual, jadi pemilihan yang sesuai adalah penting bagi kelancaran enjin kenderaan anda untuk bekerja. Terdapat beberapa grade seperti :

  • 0W-20
  • 5W-20
  • 10W-30
  • 15W-40
  • 10W-40
  • 20W-50
  • 5W-40
  • 5W-30
  Berikut sedikit panduan pemilihan grade minyak pelincir :

  Jadi untuk panduan lebih tepat boleh rujuk kepada yang lebih pakar, bukan tokey kedai sparepart ya!..mereka cuma ingin menjual barangan mereka. Sekian dulu untuk kali ini..sebarang pertanyaan dan soalan boleh ditinggalkan dibahagian komen, saya cuba jawab secepat mungkin.

Assalamualaikum!






























Friday 6 July 2018

Engine Overheat

Assalamualaikum...salam syawal.

  Bertemu untuk entri berikutnya yang akan berkisar mengenai sistem penyejukkan enjin atau juga dikenali sebagai ' engine cooling system'. Ianya sudah tentu penting dalam operasi sesebuah enjin yang mana bagi mengelakkan berlakunya 'overheating' yang mana semua maklum bahawa suhu amat tinggi ketika sesebuah enjin sedang beroperasi.

  Bagi sesebuah enjin, ia memerlukan suhu bekerja yang sesuai iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ramai yang silap faham mengenai isu ini, yang mana mereka berfikir suhu yang sejuk bagi operasi enjin adalah bagus. Sebaliknya, enjin sebenarnya memerlukan suhu tertentu untuk bekerja.

  Entri kali ini saya akan menyentuh mengenai penjagaan 'cooling sytem' bagi sesebuah kenderaan yang mana kita kerap mendengar pelbagai produk dihasilkan dipasaran bagi menjaga 'cooling system' enjin kenderaan kita. Penggunaan water coolant contohnya, ramai yang mempunyai salah faham tentang fungsi water coolant itu sendiri. Ia dicipta lebih kepada menstabilkan suhu air supaya tidak mencapai tahap didih serta melindungi permukaan bahagian dalaman enjin daripada sebarang karat yang boleh mnyebabkan saluran air dibahagian blok enjin tersumbat.




  Tetapi tidak dinafikan, coolant juga mempunyai sedikit sifat menghakis yang mungkin tidak terlalu ketara. 'Engine overheat' boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah :


  • 'Waterpump' gagal berfungsi/'blade' haus/bocor/'blade' tertanggal
  • Kebocoran hos air samada 'radiator' hos ataupun hos-hos kecil yang lain
  • 'Radiator' tersumbat/bocor
  • 'Thermostat' jem/gagal berfungsi
  • Kipas enjin gagal berfungsi dengan baik/motor rosak/'blade cair/patah
  • 'Radiator cap' rosak


'Engine overheat' berlaku bila mana terdapat kegagalan pada sistem penyejukkan enjin dan enjin terpaksa bekerja dalam suhu yang tinggi yang boleh menyebabkan silinder 'head' meleding/bengkok. Terdapat situasi yang mana bila berlakunya 'overheating' enjin terus mati dan tidak dapat dihidupkan kembali kerana 'compression' enjin telah 'loose' disebabkan oleh silinder 'head' yang meleding/bengkok tadi. Ada juga yang enjin masih hidup dan beroperasi seperti biasa, tetapi air dri sistem penyejukkan telah masuk ke ruang minyak enjin dan berlaku pencampuran antara air dan minyak enjin.



  Jika dibuka penutup minyak enjin dibahagian enjin dan terdapat warna minyak seperti gambar diatas, sah yang enjin anda telah 'overheating'. 'Top overhaul' perlu dilakukan dan mengenalpasti punca berlakunya 'overheating' samada berpunca dari kebocoran hos, kipas enjin atau sebagainya. Kosnya sudah tentu tinggi mengikut jenis kenderaan yang digunakan.

  Jadi bagi mengelakan benda sebegini berlaku, sentiasalah memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalan tidak kira kemana sahaja. Namun dengan teknologi terkini, kebanyakan kereta sudah dilengkapi dengan 'sensor' pengesan suhu yang bertindak mematikan operasi enjin sekiranya mencapai suhu tertentu yang boleh menyebabkan berlakunya 'overheating'. Antara kereta yang saya sendiri pernah alami iaitu Hyundai Matrix, dimana enjin mati secara tiba-tiba dan jika dibiarkan enjin sejuk, ia boleh dihidupkan semula,dan setelah enjin panas dan melebihi suhu yang sepatutnya secara automatiknya enjin akan mati secara tiba-tiba. Itu antara langkah-langkah keselamatan yang direka oleh sesetengah pengeluar kenderaan.

  Jadi setakat itu dulu perkongsian kali ini, seperti biasa jika terdapat sebarang pertanyaan atau soalan bolehlah ditinggalkan dibahagian komen dan saya akan membalas secepat yang mungkin. Dan terakhir kata sudilah 'like' page facebook saya Https://www.facebook.com/P10AUTOWORKS/




Terima kasih..!

















































Saturday 2 June 2018

DIY : Buang Speedcut Daihatsu L200/L200s



Assalamualaikum!

Selamat berpuasa buat semua pengunjung blog...hihi

  Topik untuk kali ini berkaitan dengan DIY untuk buang speedcut bagi pengguna kancil yang telah menukar enjin karburator asal kepada kepada enjin daripada jepun iaitu Daihatsu Mira L200/L200s. Topik kali ini agak ringkas dan padat. 



  Inilah diantara enjin Daihatsu yang gah di highway yang kadangkala kata orang "wira tebo pon dia tapau". Itu lah antara ungkapan yang sering didengari, memang terbukti ketahanan serta kuasa yang dikeluarkan oleh enjin Daihatsu Mira L2 ini. Tetapi, jika ianya standart dan belum diubahsuai kemungkinan kuasa yang dihasilkan agak terbatas seperti tajuk untuk topik kali ini iaitu speedcut!

  Membuang speedcut tidaklah rumit seperti yang kita semua pikirkan. Ia hanya seurat wayar pada ECU yang perlu dibuang/dipotong,. Tetapi ianya boleh dipelbagaikan seperti membuat satu suis yang membolehkan kita mengaktifkan dan menyahaktifkan fungsi speedcut tersebut.




  Terlebih dahulu, tanggalkan drawer/laci disebelah penumpang dan kenalpasti kedudukan ECU bagi memudahkan lagi kerja.



  Setelah dinalpasti kedudukan ECU, anda perlu tanggalkan skru yang mengikat ECU supaya ia dapat dikeluarkan untuk proses mengenalpasti wayar speedcut.



  Selepas semua skru ditanggalkan, keluarkan ECU dan tanggalkan dua soket utama yang disambungkan ke ECU. Akan kelihatan dua soket utama itu yang mana soket yang lebih besar mempunyai 26 pin dan soket yang lebih kecil mempunyai 16 pin.

  Lihat pada soket 16 Pin iaitu pin yang ke 27, terdapat wayar yang berwarna hijau cair(light green). Itu adalah wayar speed/speedcut yang mana ECU mengenalpasti kelajuan yang dihasilkan oleh speed sensor yang dihantar terus ke ECU.



  Wayar yang berwarna hijau cair tersebut perlu dipotong sahaja bagi membuang speedcut. Namun CEL akan menyala jika ia dipotong dan dibiarkan sahaja. Jadi alternatif untuk itu, suis ON/OFF boleh dipasang. Jika ingin menggunakan kereta untuk santai2, suis tersebut boleh dibiarkan didalam keadaan ON. Manakala tiba masa untuk test speed dijalan yang lurus, anda hanya perlu OFF kan suis tersebut.

  Tempatkan suis dimana2 bahagian dashboard yang sesuai, dan sebaiknya dilabelkan bagi mengelakkan kekeliruan. Dan seterusnya anda boleh mencuba perbezaan apabila suis di ON dan di OFF kan..pastikan ada perbezaan.

Sekian dulu untuk posting kali ini, sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan diruang komen.

Assalamualaikum!!



















Kredit : ben9166.com

Thursday 1 February 2018

Daihatsu L5 Auto Flip Side Mirror Wiring/Installation

Assalamualaikum!

  Bertemu lagi utk entri kali ini, utk berkongsi sedikit sebanyak ilmu utk pembaca semua. Entri kali berkisar tentang pemasangan cermin sisi bg perodua kancil. Daripada cermin sisi biasa/manual, kepada cermin sisi bermotor atau lebih dikenali sebagai 'autoflip side mirror. Cermin sisi yang dipasang ini datang daripada model daihatsu L5 yang mana memerlukan sedikit modifikasi utk dipasangkan di pintu perodua kancil. Teruskan membaca, saya akan kongsikan bagaimana cara utk memodifikasi dan bahagian mana yang perlu diubah utk membolehkan side mirror autoflip ini dapat dipasang/disesuaikan pada pintu perodua kancil.




  Sidemirror yang akan dipasang ini datang asal dengan berwarna chrome dan harga pasaran sekitar RM350 - 450 bg sepasang sidemirror seperti diatas mengikut kondisi. Kebiasaannya ia didatangkan besertakan suisnya sekali. Selain kelebihan ia dgn kemasan chrome, ia juga mempunyai dua kelebihan fungsi berbanding cermin sisi biasa yang tidak menggunakan motor/manual. Jika dilihat pada kedudukan tapak skru, skru yg dibahagian atas agak berlainan dengan cermin sisi perodua kancil. Jadi sedikit modifikasi perlu dilakukan dengan menebuk lubang skru baru bg membolehkan ia dipasang dengan sempurna. rujuk gambar dibawah :




  Merujuk kepada gambar di atas, anak panah merah menunjukkan lubang asal kedudukan skru bahagian atas pada cermin sisi. Jadi bagi membolehkan cermin sisi baru dipasang, lubang perlu ditebuk 1 inci diatas kedudukan lubang asal seperti tanda kuning pada gambar. dan jika pintu dipasang dengan door visor, hujung door visor juga perlu dipotong sedikit bagi memuatkan cermin sisi autoflip kerana tapaknya yang sedikit tinggi keatas.



  Setelah siap dipasang pada pintu, langkah seterusnya ialah anda perlu membuat sedikit penyambungan wiring bagi membolehkan ia berfungsi melaluikan suiz yang dipasang. Suis boleh dipasang dimana-mana bahagian 'dashboard' dengan sedikit modifikasi.



  Gambar diatas ialah gambar 'dashboard' L5 dengan kemasan panel walnut yang dipasang/dimuatkan pada perodua kancil. Disisi kanan pemandu kelihatan suis autoflip sidemirror dimuatkan dan ia kelihatan kemas disitu. Tapi ia perlu berfungsi dgn baik utk melaraskan, menutup serta membuka sidemirror dan ini memberikan lagi nilai tambah bagi sesebuah kereta.


Rajah 'wiring autoflip sidemirror' dan cara penyambungan suis ke 'sidemirror' serta penyambungan 'grounding' dan 12V (+) 



  Berpandukan gambar diatas, sy pasti kerja2 'wiring autoflip sidemirror' akan menjadi lebih mudah. Dan jika ia dilakukan sendiri secara DIY, sudah pasti lebih menjimatkan yg mana kos utk pemasangan, modifikasi serta pendawaian boleh mencecah RM80 - 100. Jadi sekadar itu dahulu, sebarang persoalan boleh tinggalkan di komen dibawah, sy cuba bantu dan respon secepat mungkin. Terima kasih....sampai jumpa next entri!!!