Friday 12 August 2016

Timing belt

Assalamualaikum...ok bertemu lagi setelah lama menyepi..entri kali ini berkisar tentang penjagaan 'timing belt' yang mana kita semua tahu pentingnya peranan 'timing belt' ini dalam menggerakkan sesebuah enjin kenderaan.

Baik, selain dari membuat minor servis seperti menukar minyak enjin, penapis minyak, penapis udara dan lain2, 'timing belt boleh dikategorikan dalam major servis yang mana tidak dilakukan secara kerap. Penukaran timing belt perlulah mengikut jadual yang disaran makenik samada mengikut milage kenderaan tersebut atau pon mengikut berapa lama penggunaan. Selalunya jangka hayat bagi timing belt adalah 2 tahun setengah ke 3 tahun. Manakala jika mengikut jarak perjalanan ia mampu menjangkau 100 000km.

Namun ianya adakala mampu bertahan lebih lama, tetapi penggunaan yang melebihi jarak atau kadar waktu yang ditetapkan adalah amat berisiko sekali. Sekali dah putus masa tengah laju kat highway, bak kata orang memang koyak poket.

Kat atas adalah satu contoh sebuah kereta yang mana timing belt tersebut putus semasa memandu ini sudah tentu menyebabkan kerosakan pada komponen lain dan akan saya tunjukkan lagi di bawah. Pemilik kenderaan tersebut memberitahu beliau baru saja setahun menukar timing belt tapi mengapa sudah putus?haaa kat sini saya nak tekankan bahawa pemilihan alat ganti juga perlulah diambil tahu oleh pengguna. Dalam kes diatas, saya dapati timing belt yang digunakan adalah tiruan dan materialnya kurang kualiti berbanding yang asli. Padahal harganya tidaklah jauh beza, hanya beza 20-30 ringgit sahaja.


Ok ini gambar seterusnya, ini adalah kesan daripada timing belt yang putus. Nampak??tengok pada bahagian atas kiri gambar. Rocker arm nya telah patah akibat penyelarasan valve yg tidak betul setelah timing belt putus. Bukan itu saja, ada lagi komponen yang turut rosak.


Ok ini komponen seterusnya kesan daripada timing belt yang putus, nampak sebanyak 5 batang valve yang bengkok. Dan kelima2 batang valve ini perlu diganti dengan yang baru dan proses grind valve juga perlu dilakukan bagi setiap penggantian valve baru. Kosnya pasti lg meningkat jika lagi banyak valve yg bengkok. 

Jadi kesimpulan kat sini, rajin2 lah kunjungi bengkel terdekat dan dapatkan nasihat mengenai kenderaan anda. Dan setiap peringatan mekanik kepada anda bukan lah ingin menakut2kan anda, sebaliknya itulah manfaat berguna harus anda hargai!

Kata2 akhir saya untuk entri kali ini, janganlah kedekut untuk melaburkan sedikit perbelanjaan untuk pemeriksaan kenderaan anda, kelak jika ianya rosak dipertengahan jalan, bukan saja anda perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih. Malah segala urusan anda ketika itu akan tergendala. Sekian dulu, moga bermanfaat.

Assalamualaikum!