Baik, selain dari membuat minor servis seperti menukar minyak enjin, penapis minyak, penapis udara dan lain2, 'timing belt boleh dikategorikan dalam major servis yang mana tidak dilakukan secara kerap. Penukaran timing belt perlulah mengikut jadual yang disaran makenik samada mengikut milage kenderaan tersebut atau pon mengikut berapa lama penggunaan. Selalunya jangka hayat bagi timing belt adalah 2 tahun setengah ke 3 tahun. Manakala jika mengikut jarak perjalanan ia mampu menjangkau 100 000km.
Namun ianya adakala mampu bertahan lebih lama, tetapi penggunaan yang melebihi jarak atau kadar waktu yang ditetapkan adalah amat berisiko sekali. Sekali dah putus masa tengah laju kat highway, bak kata orang memang koyak poket.
Kat atas adalah satu contoh sebuah kereta yang mana timing belt tersebut putus semasa memandu ini sudah tentu menyebabkan kerosakan pada komponen lain dan akan saya tunjukkan lagi di bawah. Pemilik kenderaan tersebut memberitahu beliau baru saja setahun menukar timing belt tapi mengapa sudah putus?haaa kat sini saya nak tekankan bahawa pemilihan alat ganti juga perlulah diambil tahu oleh pengguna. Dalam kes diatas, saya dapati timing belt yang digunakan adalah tiruan dan materialnya kurang kualiti berbanding yang asli. Padahal harganya tidaklah jauh beza, hanya beza 20-30 ringgit sahaja.
Ok ini gambar seterusnya, ini adalah kesan daripada timing belt yang putus. Nampak??tengok pada bahagian atas kiri gambar. Rocker arm nya telah patah akibat penyelarasan valve yg tidak betul setelah timing belt putus. Bukan itu saja, ada lagi komponen yang turut rosak.
Ok ini komponen seterusnya kesan daripada timing belt yang putus, nampak sebanyak 5 batang valve yang bengkok. Dan kelima2 batang valve ini perlu diganti dengan yang baru dan proses grind valve juga perlu dilakukan bagi setiap penggantian valve baru. Kosnya pasti lg meningkat jika lagi banyak valve yg bengkok.
Jadi kesimpulan kat sini, rajin2 lah kunjungi bengkel terdekat dan dapatkan nasihat mengenai kenderaan anda. Dan setiap peringatan mekanik kepada anda bukan lah ingin menakut2kan anda, sebaliknya itulah manfaat berguna harus anda hargai!
Kata2 akhir saya untuk entri kali ini, janganlah kedekut untuk melaburkan sedikit perbelanjaan untuk pemeriksaan kenderaan anda, kelak jika ianya rosak dipertengahan jalan, bukan saja anda perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih. Malah segala urusan anda ketika itu akan tergendala. Sekian dulu, moga bermanfaat.
Assalamualaikum!
assalamualaikum tuan nak tanye lah baru2 nie saya dh tukar timing belt yang lama last tukar tahun 2013..setelah saya melihat belting n roller ia kelihatan masih ok xde yg crack atau sebagainya...jadi persoalannya adakah timing belt n roller yang lama masih boleh diguna atau tidak...tqvm
ReplyDeleteWaalaikumsalam..jika ikutkan jangka hayat bagi timing belt adalah 3 tahun atau 100,000km yang mana dahulu. Jadi jika kali terakhir tuan tukar pada tahun 2013, sudah tiba masanya utk tuan tukar timing belt set baru walaupun sifat fizikalnya masih elok. Timing belt boleh putus tanpa sebarang tanda awal.
DeleteKlo bwa keta DLM 60_70kmh n tiba tiba putus timing belt akn menyebabkn enjin kereta tak? Kereta Toyota hilux sr2.8
ReplyDeleteKalau timing belt putus semasa enjin sedang bergerak sudah pasti akan mnyebabkan kerosakan tidak kira laju atau perlahan..semasa parking dlm keadaan enjin hidup sekali pon tetap akan berlaku kerosakan pada enjin..cuma teruk dan tidak sahaja
Delete5 thn la
ReplyDeletebergantung pda jenis kenderaan tuan..ada yg 1 tahun/60k km....3tahun/100k km...
DeleteAssalamualaikum tuan,,last saya tukar timing belt pada tahun 2018 dan saya jarang bawa kereta hanya seminggu dua kali sahaja,patut kah timing belt kereta saya di tukar kalau ikutkan kilomiter tak sampai lagi dan saya tngok fizikal timing belt saya masih cantik..terima kasih
ReplyDeletewsalam tuan...kalau ikot perkiraan tahun...timing belt tuan baru berusia 2 tahun...dan tuan juga jarang menggunakan kereta...jadi pada pendapat sy tidak perlu ditukar lagi...jika diikutkan 3 tahun/100k km...whichever come first...
DeleteLast sy tukar timing belt 2018/12/9...sekarang dh 2021/1/27
ReplyDeleteSalam kalau tukar timing belt.Apa lagi yang perlu ditukar?oil seal
ReplyDeleteAssalam tuan. Kalau saya tukar timing belt perlukah water pump ditukar sekali. Sebabnya saya bertanya, di Shopee set timing belt termasuk sekali dgn water pump. Minta tolong pencerahan tuan.
ReplyDeleteKalau dah ada lampu warning t-belt dah keluar boleh tahan berapa km lagi untuk hilux vigo
ReplyDelete