Untuk entri pertama, sikit perkongsian bagaimana cara menukar bearing alternator yang selalunya tidak semua bengkel akan lakukan. Mereka memilih jalan mudah dengan menggantikan dengan alternator baru sama ada recon atau 2nd/halfcut. Ini kerana penukaran bearing ini agak rumit dan memerlukan tool tertentu, malah agak leceh bagi sesetengah mekanik.
Untuk kali ini saya akan menukar bearing alternator bagi kereta perodua myvi 1300 cc. Sedikit rumit bagi mengeluarkan alternator daripada ruang enjin kereta myvi. Ini kerana ruang yang terlalu sempit dan memerlukan banyak komponen lain perlu juga dikeluarkan seperti tayar, nat tie rod end, nat absorber dan driveshaft.
Takung minyak power steering nie perlu dialihkan terlebih dahulu dengan menanggalkan dua nat bersaiz 12, kemudian alihkan ke atas rocker arm (tidak perlu tanggalkan hose). Air filter juga perlu ditanggalkan terlebih dahulu.
Seterusnya jack sehingga terangkat dan sokong dengan jack stand kerana anda perlu masuk ke bawah kereta bagi menanggalkan beberapa komponen lain. Buka tayar, nat tie rod end saiz 14, nat driveshaft saiz 32, nat absorber saiz 19 & 17. Keluarkan driveshaft, tetapi pastikan anda menyediakan takung minyak kerana setelah driveahaft dicabut minyak gearbox akan keluar melalui lubang driveshaft lebih kurang 0.5 liter. Setelah itu bolehlah mula menanggalkan nat alternator,soket & belting/tali sawat. Perlu diingatkan terminal bateri perlu ditanggalkan terlebih dahulu.
Setelah kereta dalam keadaan selamat, masuk dibawah dan tanggalkan 2 biji nat ekzos saiz 14 seperti gambar di atas dan tolak ke arah gearbox. Ini supaya membolehkan alternator dikeluarkan melalui ruang yg agak sempit itu. Dan boleh mengumpil driveshaft keluar dari gearbox dan menanggalkannya.
Seterusnya setelah alternator berjaya dikeluarkan, bermula la sesi 'membedah'. Pertama sekali tanggalkan pulley dengan membuka nat saiz 22 sama ada menggunakan cara manual atau menggunakan pressure air gun.
Setelah pulley dikeluarkan, di bahagian belakang tedapat beberapa biji nat bersaiz 8 dan nat 'bunga'. terlebih dahulu, buka nat bunga 4 biji yg mengikat coil dan buka juga 3 biji nat saiz 8 yang mengikat cover dibahagian belakang. Kemudian buka 4 biji nat lagi disekeliling alternator bg 'membedah' alternator tersebut.
Setelah dibuka, alternator akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian depan dan belakang. Disini terdapat dua biji bearing yang akan ditukar. Satu berada dibahagian belakang dan masih melekat di coil dan perlu ditanggal menggunakan special tool iaitu jaws puller dan lagi satu dibahagian cover hadapan.
Bearing yang berada di bahagian hadapan boleh ditanggalkan dengan mengetuk atau dengan menggunakan mesin press. Kedua-dua bearing ini boleh dibeli di kedai spare part dengan anggaran harga rm10-15 setiap satu. Bagi memudahkan lagi, anda perlu bawak bearing yang ditanggalkan tadi sebagai contoh.
Kemudian setelah ditukar dengan bearing baru, pemasangan semula bolehlah dilakukan mengikut step² semasa membuka tadi.
Alang² dah membuka sy periksa sekali idle puller dan sy dapati bearing tersebut jugak telah rosak dan perlu diganti. Bagi mendapatkan bearing idle puller ini anda perlu membelinya di kedai menjual bearing kerana ianya bersaiz 'special' dan kedai spare part tidak menjualnya. Memandang kedai menjual bearing tutup pada masa sy membuat pembaikan ini, sy terpaksa membeli bearing dan puller yg didatangkan sekali yang baru boleh didapati di kedai spare part dengan anggaran harga rm40-50.
Setelah itu langkah pemasangan boleh dimulakan semula. Pastikan semua komponen dipasang semula dengan rapi dan berfungsi dengan baik.
Setelah selesai pemasangan bolehlah hidupkan enjin dan pasti tiada lagi bunyi yg tidak sedap didengar.
Sekian setakat ini dahulu untuk entri pertama ini. Tunggu untuk entri yang seterusnya. Jumpa lagi, Assalamualaikum!
Terima kasih atas entry yg padat dan bermanfaat iniharini br kene alternator kong.
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteThanks sudi baca entri saya, saya akan update lebih banyak maklumat tentang kenderaan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTq atas perkongsian..bearing ngan pully bg saga blm brapa ringgit ek
ReplyDeleteBearing dan pully alternator ke tuan?
ReplyDeleteSaya ada mslah yg sama utk bearing n pully alternator saga blm..brpa ya anggaran kos pembaikian?
ReplyDeleteAnggaran bagi bearing mungkin sekitar rm20-30.
DeletePully kemungkinan tak ada jual di sparepart, boleh didapati dari alternator yg sudah rosak.
Salam bos . Saya ada masaalah utk keluarkan alternator viva sbb ruang yg sempit . Adakah cara yg sama utk viva ?
ReplyDeleteWsalam...viva dari model mana ya..kalau viva 850/1000cc yg tidak ada power stereng boleh dikeluarkan melalui atas..kalau yg ada power stereng mmg kena bt cara yg sama..lebih mudah dikeluarkan
DeleteSalam bos.apa tanda-tanda bearing altenator nak rosak
ReplyDeleteWsalam..tanda yg ketara bila bearing alternator nak rosak bila enjin dlm keadaan idle..akan bunyi yg kasar/dari alternator..samada bearing bhgian depan atau belakang
DeleteSalam bos.. Nak tanya bearing altenator memang tak boleh repair ke?atau memang kena tukar je?
ReplyDeleteWsalam..klau bearing shaja yg rosak boleh diganti dgn bearing baru..
DeleteXtau mna kedai ble buat repair bearing...slalunya mereka ckap tukar alternator baru je...mna kedai ble buat erkk
Deletebearing perodua kelisa saya berbunyi sebelah penumpang depan.kena tukar satu sahaja atau sepasang? saya g kedai spare part satu biji bearing harga rm58. ok ke harga tu?
ReplyDeleteBearing tayar ya tuan?cuma tukar yg mana bunyi saja tuan. Xperlu tukar sepasang. Harga bagi bearing sahaja bleh dikira murah. Tpi upah jgak agak mahal kerana memerlukan mesin press utk kluarkan bearing
ReplyDeleteSalam tuan nak Tanya.
ReplyDeletekalau kereta wira saya ada problem alternator
patutkan saya membeli yg lain seperti baru(recon) atau mencari halfcut. Ataupun ada setengah kedai yang boleh repair alternator tersebut?
apakah pendapat tuan?
Wsalam tuan fadh zaily. Bagi saya sebolehnya elakkan menggunakan alat ganti 'recond'. Tuan boleh dapatkan alternator baru di kedai alat ganti dan pastikan ia baru bukan recond. Tetapi alternator dripada halfcut juga boleh digunakan jika tuan pndai memilih
Deletesalam wbt.. kereta saya ada bunyi mcam angin dalam bahagian enjin. mengikut kata orang yang baiki kereta, katanya bearing dalam altenator rosak. berapakah kos pembaikian kebiasaannya?
ReplyDeleteWsalam cik nor adawiyah. Sebelum sy mnjawab, boleh sy tahu kereta model apa ya?Jika bunyi angin yg dimaksudkan adalah bunyi dripada bearing alternator yg rosak, utk mnggantikan bearing sahaja kosnya sekitar RM60-RM100.
Deleteassalam encik.
ReplyDeletesaya nak tanya kete bila tekan minyak(waktu drive)ada satu bunyi macam creet(lebih kurang bunyi ginila)ni masalah alternator ke..sebab ada 1 bengkel kata alternator kena tukar, betul ke,sebab tanda2 lain alternator nk kong belum ada lagi..mohon encik sudi bagi penjelasan ya..kete kenari auto 2006.
terima kadih
Wassalam..kemungkinan bunyi yg cik maksudkan adalah bunyi daripada belting alternator yg sudah haus/retak atau pon belting aircond. Harga belting sekitar RM25-RM35 sahaja. Jika bunyi bearing alternator ia akan bunyi berterusan.
DeleteSalam.
ReplyDeleteBaru2 ni terdapat bunyi bising dari enjin kereta saya. Pomen bgtau yg alternator kne tukar. Kos dlm rm800++ untuk yg original. Sy nk tau,ape sbb alternator boleh rosak? Sy drive grand livina 2012.
Wsalam..kalau bunyi bising yg dimaksudkan datang dari alternator, kemungkinan bearing alternator telah rosak/panas. Kos menggantikan alternator rm800++ adalah munasabah bg grand livina. Namun sekiranya hanya bearing yg berbunyi bising, alternator trsebut xperlu diganti baru, cukup hanya menggantikan bearing sahaja dgn kos yg jauh lebih rendah sekitar rm70-rm100 sahaja.
DeleteTlg bgtau mna kedai ble buat bearing alternator...st nak repair baering ja...xnak ganti baru
DeleteSalam tuan, alternator persona boleh tukar bearing tak.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam tuan.. Sy pkai camry 2.4...2\3 tahun lepas sy dah pernah tuka alternator.. Tp skang sy dpt rse de bunyi yg pelik sket.. Sy syak bunyi dari bearing alternator.. Berapa ye agak2 harga untuk baiki tu? Kalau sy hantar dekat bengkel.. Apa yg sy perlu bgtau pomen tu yer.. Thank you tuan..
ReplyDeleteWsalam..bg model toyota camry 2.4 sy kurg pasti harga bg mnukar bearing alternator..cik pasti bunyi yg dimksudkan dtg dri bearing alternator?bunyi kmngkinan jga bleh dtg dri waterpump, tensioner bearing, pwer stereng pump dan belting..sebaiknya servey harga trlebih dhulu..
DeleteEn azam sy ada keta wira, bunyi berdesing, dah buka belting akon dan p.steering dan jg tensioner, bila start bunyi masih sama, adakah bearing alternator?
ReplyDeleteBunyi bdesing juga boleh dtang dripada waterpump..sebaiknya cuba tanggalkan kesemua belting..kemudian hidupkan enjin..jika tiada bunyi bdesing..psang smula 1 persatu..kmudian hidupkan enjin smula..cara ini lebih mudah utk mngenalpasti dri mna dtgnya bunyi bdesing trsebut..harap membntu..trima kasih
Deletesalam tuan. tumpang tanya, jenis karbon brush utk alternator yg mcm mn tuan?
ReplyDeletemaksud sy utk alternator yg tuan post ne.
Deletewsalam tuan mohd raft..carbon brush bg setiap alternator adlah berbeza..jdi contoh perlu dibawa ke kedai eletrik motor atau pon hardware utk mmbelinya.
DeleteAssalam Tuan.. Brp kos repair alternator bearing Honda City vtec 2006? Workshop mana yg boleh buat jika disekitar Cheras?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...kos bg mmbaiki bearing alternator bgantung kpda saiz bearing yg digunakan dan juga upah bg mmbuka/memasang alternator...anggaran sekitar RM70-100..kwasan Cheras sy kurg pasti bgkel yg boleh mmbaiki alternator..kerana bgkel sy diutara semenanjung..maaf tuan
Deletesalam tuan adakah alternator enjin L5 turbo dengan alternator standard kancil sama jenis..
ReplyDeletewsalam..tak sama tuan..ada dijual di kedai sparepart alternator L5 Turbo..
DeleteSalam tn...boleh kah jelaskan step by step cara nak keluarkan alternator kereta myvi lama. Sy bercadang nak diy saja. Tp penjelasan tn di atas agak keliru sedikit. Tq
ReplyDeletewsalam..part mana ya yg tuan mksudkan keliru..boleh terus wasap sy 0164624126
Deletesalam tuan..sy ad masalh bearing.blhkah tuan baikinya?alternator dh siap di tanggalkan.jenis kereta perdana.harap dpt mbantu
ReplyDeleteTips baek, kereta sysy rasa bearing alternator dah rosak, sebab bunyi kuat dan ada mcm serbuk serbuk besi warna perang pada bahagian sekitar bawah pulley.
ReplyDeleteKeep Up bro. Kipidap . Bermanfaat Sangat.
Klau ade button subscribe mmg aku dah tekan... Info yg sgt jelas.. Padat & paduuu... Terbaek!!!
ReplyDeleteTumpang tanye kos untuk baiki bunyi dari alternator bearing brapa?
ReplyDeleteMyvi lagi best
DeleteSama kos seperti di atas
DeleteSalam tn..sya myvi lgi best 1.3..nk tahu knpe ye bila semasa enjin xhidup sya cek dgn multimeter 12.2..12.3...semasa enjin hdup 13.8..14.0...semasa econ hdup 13.0 dan off econ 13.8..ssh nk dpt 14.++...dan 1lg semasa econ hdup dia bnyi clucht mgnet cmpresor kuat..dan lampu meter mse econ hdup sja dia rse mcm berat dan lampu meter mcm malap skjep mse jeking clucht tu..ada ke psal cmpresor atau cmpresor..ada lah tnda2 nk kong alternator..sbb cbut bteri ngtif smasa enjin run enjin msih hdup..dan rse nk diy tukar clcuth mgnet cmpresor dan mnukar corbon alternator..dan bering alterntor myvi lgi best saiz brpa ye? Hrap tn dpt mmbntu..
ReplyDeleteWsalam tn yg budiman...charging rate pasti berubah mngikut keupayaan alternator...jika tanpa load charging voltage sekitar 13.8-14v...ia normal bg alternator yg agak lama...mgkin sudah ada wear n tear pada alternator...bg msalah magnet compressor...mgkin mslah dtg dri magnet clutch or bearing pulley alternator....saiz sy kurg pasti tn...sbb tiada dlm rekod sy..
DeleteNak tanya myvi lagi best saiz bering alternator brpa ye?
ReplyDeletekena buka dan cek saiz bearing...tiada rekod dlm simpanan saya
DeleteNak tanya.bearing alternator kereta saya rosak.proton persona.alternator saya insya allah masih elok.sy beli yang 2nd original.saya cuma nak tahu...betul ke kalau bearing rosak...kena cek dulu mana satu yang rosak.bearing ada 2 katanya.kemudian saya beli bearing dikedai sparepart dengan harga rm80.ada beza ke yang harga rm40 dan rm80.mohon pencerahan.
ReplyDeleteya betul....bearing depan dan belakang..so ada dua biji bearing...harga begantung atas brand dan saiz bearing...sudah pasti berbeza dri segi kualiti bearing tersebut..kos utk alternator baru sekitar 300-400 utk OEM brand...jadi agak berbaLOI jika repair semula bearing alternator yg rosak
Deleteya betul....bearing depan dan belakang..so ada dua biji bearing...harga begantung atas brand dan saiz bearing...sudah pasti berbeza dri segi kualiti bearing tersebut..kos utk alternator baru sekitar 300-400 utk OEM brand...jadi agak berbaLOI jika repair semula bearing alternator yg rosak
ReplyDeleteTuan..kereta myvi sy berbunyi kasar ketika start tidak membuka aircond..selepas membuka aircond bunyi itu hilang.. tetapi ketika membuka aircond terlalu lama ketika berhenti kereta ia berasap..apakah punya bunyi n asap tu ye..?boleh kongsi ilmu sikit tuan kat sy
ReplyDeleteDari apa yg tuan bgtahu...sy nmpak masalh dtg dri compressor aircond...yg berbunyi kasar dtg dri bearing pada pulley compressor...dan jika smpai kluarkn asap...magnetic clutch aircond juga mngkin brmasalh..bleh bwak ke kedai repair aircond utk pemeriksaan lnjut
DeleteKereta Alza saya dah bagi warning alternator.. Esok dah nak kena pegi outstation.. Boleh ke bantu dalam kadar segera.. Urgent
ReplyDelete