Wednesday 25 February 2015

1st Entri - diy tukar bearing alternator

Assalamualaikum..ok sy tergerak nak adakan blog mengenai kereta kerana minat yang mendalam mengenai penjagaan dan pengubahsuain kenderaan terutamanya kereta.

Untuk entri pertama, sikit perkongsian bagaimana cara menukar bearing alternator yang selalunya tidak semua bengkel akan lakukan. Mereka memilih jalan mudah dengan menggantikan dengan alternator baru sama ada recon atau 2nd/halfcut. Ini kerana penukaran bearing ini agak rumit dan memerlukan tool tertentu, malah agak leceh bagi sesetengah mekanik.

Untuk kali ini saya akan menukar bearing alternator bagi kereta perodua myvi 1300 cc. Sedikit rumit bagi mengeluarkan alternator daripada ruang enjin kereta myvi. Ini kerana ruang yang terlalu sempit dan memerlukan banyak komponen lain perlu juga dikeluarkan seperti tayar, nat tie rod end, nat absorber dan driveshaft.
Takung minyak power steering nie perlu dialihkan terlebih dahulu dengan menanggalkan dua nat bersaiz 12, kemudian alihkan ke atas rocker arm (tidak perlu tanggalkan hose). Air filter juga perlu ditanggalkan terlebih dahulu.

Seterusnya jack sehingga terangkat dan sokong dengan jack stand kerana anda perlu masuk ke bawah kereta bagi menanggalkan beberapa komponen lain. Buka tayar, nat tie rod end saiz 14, nat driveshaft saiz 32, nat absorber saiz 19 & 17. Keluarkan driveshaft, tetapi pastikan anda menyediakan takung minyak kerana setelah driveahaft dicabut minyak gearbox akan keluar melalui lubang driveshaft lebih kurang 0.5 liter. Setelah itu bolehlah mula menanggalkan nat alternator,soket & belting/tali sawat. Perlu diingatkan terminal bateri perlu ditanggalkan terlebih dahulu.

Setelah kereta dalam keadaan selamat, masuk dibawah dan tanggalkan 2 biji nat ekzos saiz 14 seperti gambar di atas dan tolak ke arah gearbox. Ini supaya membolehkan alternator dikeluarkan melalui ruang yg agak sempit itu. Dan boleh mengumpil driveshaft keluar dari gearbox dan menanggalkannya.


Seterusnya setelah alternator berjaya dikeluarkan, bermula la sesi 'membedah'. Pertama sekali tanggalkan pulley dengan membuka nat saiz 22 sama ada menggunakan cara manual atau menggunakan pressure air gun.

Setelah pulley dikeluarkan, di bahagian belakang tedapat beberapa biji nat bersaiz 8 dan nat 'bunga'. terlebih dahulu, buka nat bunga 4 biji yg mengikat coil dan buka juga 3 biji nat saiz 8 yang mengikat cover dibahagian belakang. Kemudian buka 4 biji nat lagi disekeliling alternator bg 'membedah' alternator tersebut.

Setelah dibuka, alternator akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian depan dan belakang. Disini terdapat dua biji bearing yang akan ditukar. Satu berada dibahagian belakang dan masih melekat di coil dan perlu ditanggal menggunakan special tool iaitu jaws puller dan lagi satu dibahagian cover hadapan.



Bearing yang berada di bahagian hadapan boleh ditanggalkan dengan mengetuk atau dengan menggunakan mesin press. Kedua-dua bearing ini boleh dibeli di kedai spare part dengan anggaran harga rm10-15 setiap satu. Bagi memudahkan lagi, anda perlu bawak bearing yang ditanggalkan tadi sebagai contoh.

Kemudian setelah ditukar dengan bearing baru, pemasangan semula bolehlah dilakukan mengikut step² semasa membuka tadi.

Alang² dah membuka sy periksa sekali idle puller dan sy dapati bearing tersebut jugak telah rosak dan perlu diganti. Bagi mendapatkan bearing idle puller ini anda perlu membelinya di kedai menjual bearing kerana ianya bersaiz 'special' dan kedai spare part tidak menjualnya. Memandang kedai menjual bearing tutup pada masa sy membuat pembaikan ini, sy terpaksa membeli bearing dan puller yg didatangkan sekali yang baru boleh didapati di kedai spare part dengan anggaran harga rm40-50.


Setelah itu langkah pemasangan boleh dimulakan semula. Pastikan semua komponen dipasang semula dengan rapi dan berfungsi dengan baik.

Setelah selesai pemasangan bolehlah hidupkan enjin dan pasti tiada lagi bunyi yg tidak sedap didengar.

Sekian setakat ini dahulu untuk entri pertama ini. Tunggu untuk entri yang seterusnya. Jumpa lagi, Assalamualaikum!